Tuesday, July 20, 2010

Tidurlah, Pujaan Hatiku....

Seorang insan bergelar lagenda. Seorang anak seni yang tiada tolok bandingnya. Di waktu malam begini, hati ku tergerak untuk mendengar suaranya. Lalu di putarkan lagu beliau. Sedang berkumandangnya kelunakan suara insan ini, tiba-tiba jari jemari terpanggil untuk melakarkan sesuatu. Terasa inspirasi singgah di hati. Sesungguhnya suara beliau begitu menawan kalbu. Ramlee bin Puteh. Diri ini serasa tidak layak untuk menulis sesuatu mengenai insan ini. Rasanya tidak cukup ilmu di dada, tidak tercapai akal ini untuk mengatakan sesuatu yang layak untuk menggambarkan keistimewaan insan ini. Kerna amat benar, insan ini cukup istimewa. Biarpun masa silih berganti, beliau masih tiada penggantinya. Melalui karyanya, dapat dirasakan kesedihannya, kegembiraannya, ketulusan hatinya. Setiap kali melangkah masuk ke dalam rumah beliau di Setapak, sering hati ini dilanda kesedihan yang teramat kuat. Air mata menitis di Kuala Lumpur. Beliau pernah menyuarakan hasrat untuk hidup seribu tahun lamanya. Nyata hasrat itu hidup melalui karyanya. Sungguh hebat bakat yang dikurniakan Illahi pada dirinya. Walaupun pada hujung hayatnya, beliau merasakan seolah dirinya sudah tidak dihargai, namun nyata usahanya sepanjang hayat tidak sia-sia. P.Ramlee seniman agung. Lagenda sepanjang zaman. Inspirasiku. Tidurlah wahai pujaan hatiku. Tidurmu diiringi doa. Perjuanganmu dikenang. Karyamu dijulang. Di dalam hati kau tetap bersemi. Seribu tahun menjadi pasti. Air mata di Kuala Lumpur bukanlah penghujung. Menitis kini kerna kagum. Tidurlah dengan tenang, Ramlee.

Monday, July 19, 2010

You Suck!

How is it that a 50 year old woman still chooses to act like a 2-year old? Oh well, you're not worth my time, I tried to be nice, I tried to make things right, but apparently this woman is just unable to comprehend the concept of MATURITY. So if you wanna continue acting like a kid, go ahead. YOU SUCK, ANYWAY!

Tuesday, July 13, 2010

Selamanya - Innuendo

video
This is an amateur video clip of Innuendo's Selamanya; a dedication to the lyricist, Azmi Abdul Rahman (Cahaya Pena).

To view on YouTube, click on the link below:
http://www.youtube.com/watch?v=eR9m_deSy44