Tuesday, July 10, 2012

Kempen Mari Berfikir Sebelum Mulakan Sesuatu Perjuangan


Kehadapan Ektremis Bahasa Melayu,

Dewasa ini kelihatan ramai yang riuh memperjuangkan kemartabatan Bahasa Melayu. Bukan setakat rakyat biasa, malahan ahli fikir, ahli falsafah, dan juga akademia turut turun padang melaungkan kemarahan mereka, kerana menurut puak-puak ini, Bahasa Melayu semakin tidak dipedulikan. Apabila kita bertutur di dalam Bahasa Inggeris, dikatanya kita ini mengagung-agungkan bahasa dari barat. Pada pendapat saya, secara tidak langsung Dewan Bahasa dan Pustaka menyumbang terhadap kemunduran Bahasa Melayu. Mungkin puak pelampau Bahasa ini perlu mengarahkan kemarahan mereka terhadap DBP dan bukan pada kami yang terlebih rajin semasa di sekolah dan memberi perhatian di dalam kelas Bahasa Inggeris dan memilih untuk menggunakan Bahasa Inggeris lebih dari menggunakan Bahasa Melayu. Pada pandangan saya, memperjuangkan keagungan Bahasa Melayu tiada salahnya, tetapi jangan terlalu melampau sehingga menolak kemajuan bahasa lain. Mengapa saya katakan DBP menyumbang dengan cara tidak langsung terhadap kemunduran Bahasa Melayu? Sebabnya diberikan dibawah:

Technology – Teknologi  
Information – Informasi
Release – Rilis
Bearish – Bearis
Review – Rebiu
Linguistic – Linguistik
Plastic – Plastik
Antique – Antik
Discrimination – Diskriminasi
Denomination – Denominasi
Monarchy – Monarki
Anarchy – Anarki
Anthropology – Antropologi
Social – Sosial
Punitive – Punitif
Discipline – Disiplin

I think you get the idea. This list could go on forever.

Jadi seharusnya anda minta DBP terangkan apa sebabnya kebanyakan perkataan Bahasa Melayu hanya diolah sedikit dari perkataan Bahasa Inggeris? Mengapa tidak dicari perkataan lain? Sebagai contoh, Information juga membawa maksud Maklumat. Jadi kenapa kita tidak memperluaskan penggunaan Maklumat? Mengapa radio/tv/suratkhabar masih menggunakan Informasi? Release juga bermaksud Mengeluarkan. Kenapa dijadikan Rilis? Banyak lagi contoh-contoh seumpama ini. Sekiranya begini evolusi Bahasa Melayu pada abad ini, mungkin 20-30 tahun akan datang, semua perkataan Bahasa Melayu yang digunapakai hanya dipindah dari Bahasa Inggeris dengan menggantikan –TION kepada –SI, -SH kepada –S, dan sebagainya. Kalau begitu, buat apa kita perkasakan Bahasa Melayu jika kosakatanya penuh dengan perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang sekadar dipindah dan ditukar serba sedikit? Baik terus belajar Bahasa Inggeris sahaja, bukan begitu logiknya?

Mengkelaskan perkataan-perkataan ini di dalam kategori Perkataan Pinjaman Inggeris tidak menjadikannya satu alasan yang munasabah ya, tuan-tuan dan puan-puan.

Apakah yang dilakukan oleh mereka di DBP? Jika setakat menukar perkataan-perkataan sebegini rupa, mungkin DBP tidak memerlukan bangunan sebesar itu. Mungkin saya tidak arif dengan tugas-tugas lain di DBP. Tetapi jika perkara nyata seperti ini tidak dipedulikan, apa guna saya ambil tahu apa yang berlaku di dalam bangunan DBP itu? Sesungguhnya setiap hari kita berhadapan dengan perkataan-perkataan Bahasa Melayu yang diubahsuai sedikit dari Bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, saya tidak nampak dimana perlunya untuk berjuang memartabatkan Bahasa Melayu. Terutama lagi bahasa itu merupakan alat perhubungan. Selagi apa yang dipertuturkan difahami oleh pendengar, apa perlu dimartabatkan sesuatu bahasa itu? Sekiranya bahasa itu benar-benar istimewa dan mempunyai keunikan tersendiri, ya saya akur ia perlu diperkasakan supaya tidak hilang ditelan zaman. Tetapi jika bahasa itu sekadar pindahmilik dari bahasa lain, buang masa saja perjuangan yang nyata tidak berfaedah itu. Dari membuang masa memperjuangkan perkara yang tidak perlu diperjuangkan, lebih baik masuk kelas Bahasa Inggeris. Setidak-tidaknya dapat juga bertutur di merata tempat seluruh dunia. Kalau setakat gagah perkasa dalam satu bahasa sahaja, maka gagah perkasa lah di kampung halaman sendiri. 

Kepada penyokong tegar Bahasa Melayu, sila elakkan dari menghantar pandangan anda yang menggunakan alasan bahawa perkataan Bahasa Inggeris juga meminjam banyak dari bahasa-bahasa lain. Itu saya tahu. Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, jika anda berpuas hati dengan kerja-kerja yang dijalankan oleh DBP selama ini yakni teknologi informasi diskriminasi dan segala apa yang basi lagi, maka hentikan perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu dan mengutuk orang yang bertutur di dalam Bahasa Inggeris. Terima dengan rela hati dan duduk diam-diam. Jika anda ingin juga berjuang, maka nasihat saya, betulkan dahulu adaptasi berleluasa yang dijalankan oleh DBP ini. Selepas anda dapatkan perkataan-perkataan asli untuk perkataan-perkataan –SI dan yang sewaktu dengannya yang saya maksudkan, barulah berjuang untuk memartabatkan bahasa yang sangat anda cintai itu.

Bahasa Hanya Alat Komunikasi.

Embrace that and you’ll have one less nonsense to demo about.

In the spirit of the signage above, you only live once, don't spend it demonstrating over nonsense.

5 comments:

  1. Yang pasti, membaca entri ini adalah momen paling tinggi sepanjang hari ini. Blog ini akan menjadi venue utama untuk dikunjungi lagi. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, terima kasih :-) That means a lot to me.

      Delete
  2. as always, beautifully written....i adore your writing style!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you. Appreciate your kind words. :-)

      Delete
  3. Nanum, salah tu.. "Apabila kita bertutur di dalam Bahasa Inggeris.." Apabila kita bertutur dalam Bahasa Inggeris or Apabila kita menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan kita. LOL I cant get enough of my BM STPM :P

    ReplyDelete